SEJARAH
PENCIPTAAN KOMPUTEr
Sejarah penciptaan
komputer bermula dengan terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang
sekarang ini dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan
dengan menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000
tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas
campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan
China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan
matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau
telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama
mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris
pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra
True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada
penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan seorang
ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The Difference
Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik.
Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical
Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang
pelbagai. Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya.
“Analytical Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu
mempunyai peranti input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti
output.
Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam
membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”.
Beliau merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan
“Analytical Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil
sempena namanya. Beliau juga telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains
supaya menyempurnakan apa yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu peranti automat
yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat menyiapkan pengiraan
banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci penduduk Amerika Syarikat
diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah
mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin
Babbage menggunakan kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin elektromekanikal yang
digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka
bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untukmenyelesaikan pengiraan
asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK
I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina
daripada besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan
dilalakukan, mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama
menggunakan Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada
aras yang berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan
tangga untuk memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan
pelajarnyaJ. Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika
membina mesin yang boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah
merujuk kepada hasil kerja Dr. John Atanasoff dan
pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya
membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di
gelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). ManakalaMauchly dan Eckert telah
menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan komputer yang
lain iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And
Calculator). ENIAC merupakan komputer pertama yang dicipta
untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu komputer
pertama yang diperdagangkan secara komersil.
PERMULAAN ERA KOMPUTER.
Dari zaman dahulu hingga sekarang sudah
wujud 4 generasi. Ia berlaku dalam masa lebih kurang 40 tahun.
GENERASI PERTAMA (1951 - 1958)
Pada tahun 1937-1938 Dr. John
V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah
merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer
tersebut digelar ABC(Atanasoff-Berry Computer).
Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah
mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And
Calculator) pada tahun 1945. ENIACboleh melakukan
5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah
menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery Rand dan seterusnya
mengeluarkanUNIVAC I (Universal Automatic Computer) dalam
tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama yang digunakan
untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh Biro Banci
Penduduk Amerika Syarikat. UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub
vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan
maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini
juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan
dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1(bahasa peringkat rendah).
Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga
20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam“microseconds”
GENERASI KEDUA (1959 - 1961)
Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu
peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi
menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah
singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang
dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan
lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada
komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini
bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time.
Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer
generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi
iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL (1959).
Manakala keupayaan storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara
dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan (removable disk
cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam“microseconds”.
GENERASI KETIGA (1965 - 1970)
Komputer pada generasi ini pula telah
menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang
mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan
transistor. Harga cip yang murah menyebabkan perkembangan alat
elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini
bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon
yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah,
padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE
II, IBM PC, Sinclairdan lain-lain lagi. Saiz
komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga
boleh mengamalkan konsep multiprogramming dan multiprocessing iaitu
beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang
sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya
dilaksanakan dalam “nanoseconds”.Pemprosesan interaktif diperkenalkan
di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini
menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang.Minikomputer diperkenalkan
di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi
ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
GENERASI KEEMPAT (1971 - Sekarang)
Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah
laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada
generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan
untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan
teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang
digelar mikropemproses(microprocessor). Mikropemproses
mengantikan litar bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati
pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah.
Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada
generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip
Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel 80486(mengandungi 1.2 juta
transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15
juta arahan per saat). Cip Intel Pentium (mengandungi
3.1 juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat). Cip
Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5 juta transistor yang berupaya
melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium
II dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer
generasi ini ialah saiznya yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang
minimum. Ia boleh digunakan bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan.
Keupayaan storannya terus meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan
pengiraan dilaksanakan dalam “picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100
kali lebih kecil daripada saiz komputer generasi pertama dan satu cip adalah
lebih berkuasa daripada ENIAC.
GENERASI KELIMA
Komputer generasi kelima iaitu komputer
bagi generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun
usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga
masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang
paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina
komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence),
sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan
terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat
dengan pesat.
PENGELASAN KOMPUTER
Pengelesan komputer adalah mengikut kepada
ukuran fizikal dan keupayaannya iaitu, seperti superkomputer, komputer kerangka
utama, Mini komputer dan mikrokomputer.
SUPERKOMPUTER
Superkomputer atau nama
lainnya kerangka utama yang besar. Perkembangannya terhad kepada
beberapa ratus unit sahaja di seluruh dunia. Ini kerana harganya yang amat
mahal. Superkomputer mempunyai unit pemprosesan pusat yang kompleks dengan
keupayaan yang sangat pantas. Ia juga boleh memproses berbillion arahan per
saat (BIPS). Ia digunakan khas bagi menyelesailkan masalah
saintifik yang rumit dan canggih, contohnya CRAY I, CRAY II, CRAY III, dan CDC
CYBER205.
KOMPUTER KERANGKA UTAMA
Komputer Kerangka Utama yang pertama diperkenalkan sejak tahun
40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan lain-lain
lagi. Komputer jenis ini kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang besar dan
pusat pengajian tinggi. Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan memproses
sejumlah data yang banyak dengan pantas dan tepat, berupaya memproses data pada
kelajuan yang tinggi dan berjuta-juta arahan per saat (MIPS). Ia juga
membenarkan komputer dikongsi oleh beratus-ratus pengguna pada satu masa.
MINI KOMPUTER
Mini Komputer pula adalah lebih perlahan, berkeupayaan storan yang kurang
dan lebih murah daripada komputer kerangka utama. Kebanyakannya dimiliki oleh
gedung perniagaan, jabatan awam/swasta dan institut pengajian tinggi. Mini
Komputer juga menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
Contohnya adalah seperti HP 3000, SEQUENT dan
lain-lain lagi.
MIKROKOMPUTER
Mikrokomputer atau Komputer peribadi pula mempunyai
saiz yang kecil seperti desktop atau laptop. Ia diperkenalkan buat kali pertama
pada pertengahan tahun 1970-an. Mikropemproses adalah menjadi asas bagi
mikrokomputer. Penggunaan mikrokomputer semakin meluas. Supermikro atau stesen
kerja (workstation) telah diperkenalkan. Ia merupakan
sambungan di antara mikrokomputer dan mini komputer yang berkeupayaan
menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
No comments:
Post a Comment